Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
26. Pemotongan nama oleh sebab kelemahan fizikal atau mental
Feedback & supportTanpa menjejaskan subseksyen 18(4) dan seksyen 22, Majlis boleh memerintahkan supaya nama mana-mana orang berdaftar dipotong daripada Daftar jika Majlis berpuas hati bahawa orang berdaftar itu tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan tugasnya sebagai juruoptik atau optometris.
Bagi maksud memuaskan hatinya bahawa mana-mana orang berdaftar tidak berupaya, oleh sebab kelemahan fizikal atau mental, untuk menjalankan tugasnya sebagai juruoptik atau optometris, Majlis hendaklah melantik suatu Lembaga Kajian Semula Perubatan yang hendaklah terdiri tidak kurang daripada tiga orang pengamal perubatan untuk menjalankan siasatan atas setiap kes dan membuat apa-apa syor yang difikirkan patut oleh Lembaga itu.
Seksyen 24 dan 25 hendaklah terpakai bagi mana-mana orang yang namanya telah diperintahkan supaya dipotong daripada Daftar di bawah seksyen ini.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 469