Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
22. Hukuman tatatertib
Feedback & supportMajlis boleh, pada menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, mengenakan mana-mana hukuman yang berikut:
Optik 19
memerintahkan supaya nama orang berdaftar itu dipotong daripada Daftar;
memerintahkan supaya nama orang berdaftar itu digantung daripada Daftar selama suatu tempoh yang difikirkannya patut;
membuat mana-mana perintah di atas tetapi menggantung pelaksanaannya, tertakluk pada apa-apa syarat yang difikirkannya patut, selama suatu tempoh atau tempoh tidak melebihi dua tahun; atau
memerintahkan supaya orang berdaftar itu dicela.
Majlis boleh, dalam mana-mana kes, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut berkenaan dengan pembayaran kos
Pendaftar dan mana-mana pengadu atau orang berdaftar itu.
Apa-apa kos yang diawardkan di bawah subseksyen (2) boleh didapatkan sebagai hutang sivil.