Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
27. Perubahan kepada Daftar
Feedback & supportTanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika
Majlis berpuas hati bahawa seseorang orang berdaftar—
(a)
telah meninggal dunia;
(b)
tidak lagi menjalankan amalan sebagai juruoptik atau optometris di Malaysia; atau
(c)
diterima masuk atau dikurung dalam mana-mana hospital mental di bawah mana-mana undang-undang,
Majlis hendaklah menyebabkan supaya namanya dan semua butir yang berhubungan dengannya dipotong daripada Daftar yang berkenaan.