Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
21. Bidang kuasa tatatertib Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai bidang kuasa tatatertib ke atas semua orang berdaftar.
Majlis boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas mana-mana orang berdaftar—
yang pendaftarannya telah diperoleh secara fraud atau salah nyataan;
yang diploma, sijil atau kelulusannya yang lain telah ditarik balik atau dibatalkan oleh universiti, kolej atau badan yang menganugerahkannya;
yang telah disabitkan oleh mahkamah di Malaysia atau di tempat lain atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak atau yang telah dijatuhi hukuman pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja, atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang lebih daripada satu tahun; atau
yang tidak berhak didaftarkan pada masa dia didaftarkan.