Akta Optik 1991 · Updated to 31 Mar 2026 · Bahagian III · Pendaftaran Juruoptik dan Optometris
28. Pemasukan semula nama dalam Daftar
Feedback & supportJika nama seseorang orang berdaftar telah dipotong daripada
Daftar, dia boleh memohon supaya namanya dimasukkan semula ke dalam Daftar atas alasan bahawa disebabkan oleh sesuatu perubahan tertentu hal keadaan yang telah berlaku semenjak tarikh pemotongan itu sepatutnya namanya dimasukkan semula sedemikian.
Apabila permohonan dibuat kepadanya, Majlis boleh, menurut budi bicaranya, memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula ke dalam Daftar.
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Majlis di bawah subseksyen (2) boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.
Optik 23