Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III

10. Pembatalan lesen

Feedback & support
(1)

Pengawal boleh membatalkan sesuatu lesen jika dia berpuas hati bahawa—

(a)

pemegang lesen telah gagal untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini;

(b)

pemegang lesen telah melanggar mana-mana syarat lesen itu, atau mana-mana peruntukan Akta ini, tanpa mengira hakikat bahawa tidak ada pendakwaan bagi kesalahan berkenaan dengan pelanggaran itu;

(c)

pemegang lesen telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini;

(d)

pemegang lesen atau mana-mana orang yang atau yang akan menjadi seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya bagi pemegang lesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan bagi lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen itu, memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Pengawal; atau

(e)

pemegang lesen telah berhenti menjalankan perniagaan pengilangan cakera optik.

(2)

Sebelum membatalkan sesuatu lesen, Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen itu notis bertulis tentang niatnya untuk berbuat demikian dan menghendaki pemegang lesen itu menunjukkan sebab dalam masa empat belas hari mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan.

(3)

Setelah habis tempoh empat belas hari itu dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen, Pengawal hendaklah memutuskan sama ada akan membatalkan lesen itu atau tidak mengambil tindakan selajutnya.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 14

(4)

Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).

(5)

Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada rayuan terhadap pembatalan itu, setelah habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu disampaikan kepada pemegang lesen; atau

(b)

jika terdapat rayuan terhadap pembatalan itu, apabila pembatalan itu disahkan oleh Menteri.

Report

Bahagian IV

Kod Pengilang

Bahagian V

Tatakelakuan

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules