Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III
17. Penyenggaraan rekod
Feedback & supportPemegang lesen hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu rekod dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan, berkenaan dengan pengendalian perniagaannya yang berhubungan dengan pengilangan cakera optik.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 606 16
Rekod itu hendaklah—
disimpan semata-mata bagi maksud mencatatkan rekod yang dikehendaki di bawah Akta ini;
tersedia pada setiap masa bagi pemeriksaan mana-mana
Penolong Pengawal; dan
dikemaskinikan dan dalam keadaan teratur dan baik.
Pemegang lesen hendaklah mengemukakan rekod dan memberikan dokumen dan maklumat yang berkaitan yang lain jika dan apabila dikehendaki oleh Pengawal dalam masa yang ditentukan oleh Pengawal, kecuali jika apa-apa rahsia perdagangan akan terdedah jika dokumen atau maklumat itu diberikan sedemikian.
Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1), (2) atau
melakukan suatu kesalahan.