Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III
9. Kuasa untuk mengubah syarat
Feedback & supportPengawal boleh, pada bila-bila masa selepas lesen diberikan—
mengenakan apa-apa syarat baru atau tambahan pada lesen itu;
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan pada lesen itu; atau
mengubah atau membatalkan mana-mana syarat yang telah diubah di bawah perenggan (b).
Jika Pengawal bercadang untuk mengambil suatu tindakan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi pemegang lesen—
notis bertulis mengenai niatnya; dan
peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis itu.
Cakera Optik 13
Setelah habis tempoh empat belas hari itu, dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh pemegang lesen, Pengawal hendaklah memutuskan sama ada akan mengenakan, mengubah atau membatalkan mana-mana syarat di bawah subseksyen (1) atau tidak mengambil tindakan selanjutnya.
Pengawal hendaklah memberi pemegang lesen suatu notis bertulis tentang keputusannya di bawah subseksyen (3).