Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III

7. Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen

Feedback & support
(1)

Apabila diterima permohonan berserta dengan dokumen dan maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen 6, Pengawal boleh memberikan lesen atau enggan memberikan lesen.

(2)

Jika Pengawal memberikan lesen di bawah subseksyen (1), dia hendaklah—

(a)

menghendaki pemegang lesen itu membayar fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan;

(b)

memberi pemegang lesen suatu kod pengilang yang hendaklah terdiri daripada—

(i)

satu huruf atau nombor atau lebih;

(ii)

suatu cap, tanda, simbol atau lambang; atau

(iii)

apa-apa kombinasi huruf, nombor, cap, tanda, simbol atau lambang, sebagaimana yang ditetapkan;

(c)

mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut bagi maksud—

(i)

menghalang pengilangan salinan langgaran karya yang mengenainya hak cipta wujud; dan

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 12

(ii)

melindungi hak tuan punya hak cipta dan orang lain yang telah diberi hak di bawah Akta Hakcipta 1987; dan

(d)

mengenakan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkannya patut.

(3)

Sesuatu lesen hendaklah disifatkan telah tidak diberikan jika fi yang dikehendaki di bawah perenggan (2)(a) tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan.

(4)

Jika Pengawal enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan segera memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu tanpa memberikan apa-apa sebab bagi keengganan itu.

(5)

Jika Pengawal memberikan suatu lesen berkenaan dengan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 6(2), Pengawal hendaklah mengeluarkan suatu lesen yang berasingan bagi setiap tempat pengilangan.

Report

Bahagian IV

Kod Pengilang

Bahagian V

Tatakelakuan

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules