Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti

27. Kesalahan berkenaan dengan maklumat

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang mengemukakan maklumat yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—

(a)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya didenda tidak melebihi satu juta ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan boleh didenda tidak melebihi dua ratus dan lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana orang yang—

(a)

memberikan atau menyebabkan supaya diberikan kepada mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang dikehendaki oleh pegawai itu supaya diberikan di bawah Akta ini;

(b)

enggan menjawab atau memberikan jawapan yang palsu kepada apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh mana-mana Penolong Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor bagi maksud mendapatkan apa-apa butir, maklumat atau pernyataan yang dikehendaki supaya diberikan di bawah Akta ini;

atau

(c)

gagal atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana Penolong

Pengawal atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor, melakukan suatu kesalahan.

Cakera Optik 21

(3)

Jika mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah subseksyen (1) oleh sebab seksyen 30, apabila disabitkan dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan dalam perenggan (1)(b).

(4)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menghendaki seseorang supaya menjawab apa-apa soalan atau memberikan apa-apa maklumat jika jawapan atau maklumat itu berkecenderungan untuk mendedahkannya kepada pertuduhan jenayah, penalti atau pelucuthakan.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules