Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti

29. Pendedahan maklumat sulit

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menggunakan atau mendedahkan kepada mana-mana orang lain apa-apa maklumat sulit yang diperoleh menurut kuasa peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh berkuat kuasa untuk menghalang pendedahan maklumat jika pendedahan itu dibuat—

(a)

bagi atau berkaitan dengan pentadbiran wajar Akta ini;

(b)

bagi maksud apa-apa prosiding undang-undang;

(c)

bagi maksud apa-apa penyiasatan yang dijalankan di bawah

Akta ini;

(d)

kepada mana-mana orang atau kepada mana-mana pegawai yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri sebagai orang yang patut menerima maklumat itu; atau

(e)

bagi atau berkaitan dengan penyediaan perangkaan oleh

Kerajaan berkenaan dengan perjalanan Akta ini.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 22

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules