Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti

34. Pengkompaunan kesalahan

Feedback & support
(1)

Pengawal atau seseorang Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal boleh dengan keizinan Pendakwa Raya mengkompaunkan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh mana-mana orang dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu kepada Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Pengawal atau Timbalan Pengawal atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Pengawal, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 606 24

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1)—

(a)

tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan

(b)

apa-apa barang, cakera optik, benda, buku atau dokumen yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan dengan segera, tertakluk kepada syarat-syarat yang difikirkan patut dikenakan oleh Pengawal atau

Timbalan Pengawal atau orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengawal.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Pelbagai

Schedules