Akta Cakera Optik 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI · Kesalahan dan Penalti
33. Penalti am
Feedback & supportMana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu
Cakera Optik 23
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana pertubuhan perbadanan yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan secara nyata boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Jika mana-mana orang yang merupakan seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya dalam sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan kesalahan di bawah Akta ini oleh sebab seksyen 30, dan tiada penalti diperuntukkan secara nyata bagi kesalahan itu, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).