Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian IX · Kontrak Lesen

42. Catatan dalam Daftar

Feedback & support
(1)

Seorang pemberi lesen boleh, menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar supaya suatu catatan dibuat dalam Daftar yang bermaksud bahawa mana-mana orang boleh mendapatkan suatu lesen.

(2)

Pada bila-bila masa selepas suatu catatan dibuat dalam Daftar, mana-mana orang boleh memohon kepada pemberi lesen, melalui

Pendaftar, bagi mendapatkan lesen.

(3)

Jika suatu kontrak lesen telah dibuat oleh kedua-dua pihak, pihak-pihak berkontrak itu hendaklah memaklumkan kepada Pendaftar hal itu dan Pendaftar hendaklah merekodkan hal itu dalam Daftar.

(4)

Apabila dibuat suatu permintaan secara bertulis yang ditandatangani oleh atau bagi pihak pihak-pihak berkontrak, Pendaftar,

Paten 53

setelah fi yang ditetapkan dibayar, hendaklah merekodkan dalam

Daftar apa-apa butir berhubungan dengan kontrak itu sebagaimana yang pihak-pihak kepada kontrak itu mahu direkodkan:

Dengan syarat bahawa pihak-pihak itu tidak boleh dikehendaki menzahirkan atau menjadikan direkodkan apa-apa butir lain berhubungan dengan kontrak tersebut.

(5)

Jika sesuatu kontrak lesen ditamatkan, pihak-pihak berkontrak hendaklah memaklumkan kepada Pendaftar penamatan itu dan

Pendaftar hendaklah merekodkan penamatan itu dalam Daftar.

(6)

Pemberi lesen boleh, menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar supaya catatan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dibatalkan.

Report

Bahagian X

Lesen Wajib

Bahagian XI

Penyerahan, Bangkangan dan Pentaksahan Paten

Bahagian XII

Pelanggaran

Bahagian XIII

Kesalahan

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules