Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IX · Kontrak Lesen
45. Fasal tidak sah dalam kontrak lesen
Feedback & supportApa-apa fasal atau syarat dalam sesuatu kontrak lesen adalah tidak sah setakat mana ianya mengenakan ke atas pemegang lesen, dalam bidang perindustrian atau perdagangan, sekatan yang bukan berpunca daripada hak yang diberi oleh Bahagian ini ke atas pemunya paten, atau yang tidak perlu bagi memberi perlindungan akan hak itu:
Dengan syarat bahawa—
sekatan mengenai skop, takat atau jangka masa eksploitasi reka cipta dipaten, atau kawasan geografi dalam mana, atau kualiti atau kuantiti keluaran yang berkaitan dengannya, reka cipta dipaten itu boleh dieksploit; dan
kewajipan yang dikenakan terhadap pemegang lesen untuk menahan diri daripada semua perbuatan yang boleh menjejaskan kesahan paten itu, tidaklah boleh disifatkan menjadi apa-apa sekatan.