Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IX · Kontrak Lesen
46. Kesan permohonan paten yang tidak diberi atau paten yang diisytiharkan tidak sah
Feedback & supportSekiranya, sebelum habisnya tempoh kontrak lesen, mana-mana daripada kejadian berikut berlaku berkenaan dengan permohonan paten atau paten yang disebutkan dalam kontrak itu:
permohonan paten ditarik balik;
permohonan paten akhirnya ditolak;
Paten 55
paten diserahkan;
paten diisytiharkan tidak sah;
kontrak lesen dibatalkan, pemegang lesen tidaklah lagi dikehendaki membuat apa-apa pembayaran kepada pemberi lesen di bawah kontrak lesen itu, dan adalah berhak dibayar balik pembayaran yang telahpun dibuat:
Dengan syarat bahawa pemberi lesen tidaklah dikehendaki membuat apa-apa pembayaran balik, atau adalah dikehendaki membuat pembayaran balik hanya sebahagian sahaja, setakat mana yang dia dapat membuktikan bahawa apa-apa pembayaran balik itu adalah tidak saksama mengikut semua hal keadaan, khususnya jika pemegang lesen itu telah mendapat faedah secara efektif daripada lesen berkenaan.