Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IX · Kontrak Lesen
44. Hak pemberi lesen
Feedback & supportDengan tiadanya apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak lesen, pemberi lesen boleh memberi suatu lesen selanjutnya kepada pihak ketiga berkenaan dengan paten yang sama atau dia sendiri melakukan sesuatu atau semua tindakan yang disebutkan dalam perenggan 36(1)(a) dan juga subseksyen 36(3).
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
Sekiranya kontrak lesen memperuntukkan bahawa lesen itu adalah eksklusif dan melainkan jika ianya diperuntukkan selainnya secara nyata dalam kontrak tersebut, pemberi lesen tidak boleh memberi lesen selanjutnya kepada pihak ketiga berkenaan dengan paten yang sama atau dia sendiri melakukan apa-apa tindakan yang disebutkan dalam perenggan 36(1)(a) dan juga subseksyen 36(3).