Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian IX · Kontrak Lesen
43. Hak pemegang lesen
Feedback & support(1)
Dengan tiadanya apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak lesen, pemegang lesen adalah berhak untuk melakukan sesuatu atau semua tindakan yang disebutkan dalam perenggan 36(1)(a) dan juga subseksyen 36(3) dalam seluruh kawasan geografi Malaysia tanpa batasan tentang masa dan melalui apa-apa penggunaan reka cipta.
(2)
Dengan tiadanya apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam kontrak lesen, pemegang lesen tidak boleh memberi kepada pihak ketiga akan persetujuannya untuk melaksanakan di Malaysia berkenaan dengan reka cipta apa-apa tindakan yang disebutkan dalam perenggan 36(1)(a) dan juga subseksyen 36(3).