Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian X · Lesen Wajib

49. Permohonan bagi lesen wajib

Feedback & support
(1)

Pada bila-bila masa selepas habis tempoh tiga tahun dari pemberian sesuatu paten, atau empat tahun dari tarikh pemfailan permohonan paten, mengikut mana-mana yang terkemudian, mana-mana orang boleh memohon kepada Pendaftar untuk mendapatkan suatu lesen wajib di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

jika tidak ada pengeluaran keluaran yang dipaten itu atau penggunaan proses yang dipaten itu dalam Malaysia tanpa apa-apa sebab yang sah;

Paten 57

(b)

jika tidak ada keluaran dikeluarkan dalam Malaysia di bawah paten itu untuk jualan dalam mana-mana pasaran domestik, atau ada didapati beberapa tetapi tidak memenuhi permintaan orang ramai tanpa apa-apa sebab yang sah.

(1A)

Walau apa pun subseksyen (1), pada bila-bila masa selepas pemberian paten, mana-mana orang boleh membuat permohonan kepada Pendaftar untuk mendapatkan lesen wajib—

(a)

jika keluaran yang dikeluarkan dalam Malaysia di bawah paten itu untuk jualan dalam pasaran domestik dijual dengan harga tinggi yang tidak munasabah tanpa apa-apa sebab yang sah; atau

(b)

bagi maksud pengeluaran keluaran farmaseutikal dalam

Malaysia dan pengeksportan keluaran farmaseutikal itu ke negara pengimport yang layak untuk menangani masalah kesihatan awamnya.

(2)

Kecuali bagi perenggan (1A)(b), sesuatu lesen wajib tidak boleh dipohon melainkan jika orang yang membuat permohonan itu sudah berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pemunya paten atas terma dan syarat perdagangan yang munasabah tetapi usaha itu telah tidak berjaya dalam tempoh masa yang munasabah.

(3)

Permohonan bagi mendapatkan suatu lesen wajib hendaklah mematuhi apa-apa peraturan sebagaimana yang ditetapkan oleh

Menteri.

Report

Bahagian XI

Penyerahan, Bangkangan dan Pentaksahan Paten

Bahagian XII

Pelanggaran

Bahagian XIII

Kesalahan

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules