Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian X · Lesen Wajib
50. Permintaan untuk pemberian lesen wajib
Feedback & supportBagi suatu permohonan untuk mendapatkan satu lesen wajib di bawah seksyen 49 atau 49A, pemohon hendaklah mengemukakan amaun saraan yang memadai, syarat eksploitasi paten dan sekatan hak pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan satu permintaan bagi lesen tersebut.
Sebagai tambahan kepada kehendak yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib di bawah perenggan 49(1A)(b) hendaklah mematuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan.
Jika suatu permohonan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49 atau suatu permintaan untuk mendapatkan lesen wajib dibuat menurut seksyen 49A, Pendaftar hendaklah memberikan salinan permohonan atau permintaan itu kepada pemberi lesen atau pemegang lesen, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi suatu peluang untuk membuat pemerhatian terhadap permohonan atau permintaan itu dalam tempoh yang ditetapkan.
(Dipotong oleh Akta A1649).
Paten 59