Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian X · Lesen Wajib

54. Section 54

Feedback & support
(1)

Atas permintaan pemunya paten atau benefisiari bagi lesen wajib, Pendaftar boleh meminda keputusan yang memberi lesen wajib itu setakat mana fakta baharu mematutkan pindaan itu.

Paten 61

(2)

Atas permintaan pemunya paten, Pendaftar hendaklah membatalkan lesen wajib—

(a)

jika alasan untuk memberi lesen wajib itu tidak lagi wujud;

(b)

jika benefisiari lesen wajib telah, dalam had tempoh yang ditetapkan dalam keputusan yang memberi lesen itu, tidak memulai kerja reka cipta yang dipaten di Malaysia atau tidak dibuat persediaan yang serius terhadap kerja berkenaan;

(c)

jika benefisiari bagi lesen wajib tidak mematuhi skop lesen itu sebagaimana ditetapkan dalam keputusan yang memberi lesen itu;

(d)

jika benefisiari bagi lesen wajib mempunyai tunggakan pembayaran yang kena dibayar, menurut keputusan yang memberi lesen itu.

(3)

Benefisiari bagi lesen wajib boleh menyerahkan lesen itu melalui suatu akuan bertulis yang dikemukakan kepada Pendaftar yang akan merekodkan penyerahan itu dalam Daftar, menyiarkannya, dan memberitahu pemunya paten itu.

(4)

Penyerahan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh Pejabat

Pendaftaran Paten menerima akuan penyerahan itu dan akuan itu tidak boleh ditarik balik.

Report

Bahagian XI

Penyerahan, Bangkangan dan Pentaksahan Paten

Bahagian XII

Pelanggaran

Bahagian XIII

Kesalahan

Bahagian XIV

Kuasa Berhubungan Dengan Penguatkuasaan

Bab II

Bab II Triti;

Bab I

Bab I Triti;

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules