Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian X · Lesen Wajib
49A. Permohonan bagi lesen wajib berdasarkan paten saling berkait
Feedback & supportJika reka cipta yang dituntut dalam suatu paten (“paten yang terkemudian”) tidak boleh diusahakan di Malaysia tanpa melanggar suatu paten yang diberikan berdasarkan suatu permohonan yang menerima faedah suatu tarikh prioriti yang lebih awal (“paten yang terdahulu”), dan jika reka cipta yang dituntut dalam paten yang terkemudian merupakan, pada pendapat Pendaftar, suatu kemajuan teknik yang penting yang mempunyai kepentingan ekonomi yang besar berhubung dengan reka cipta yang dituntut dalam paten yang
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
terdahulu itu, maka Pendaftar, apabila diminta oleh pemunya paten yang terkemudian, pemegang lesen suatu kontrak lesen di bawah paten yang terkemudian atau benefisiari suatu lesen wajib di bawah paten yang terkemudian, boleh memberikan suatu lesen wajib setakat yang perlu bagi mengelakkan pelanggaran paten yang terdahulu itu.
Jika suatu lesen wajib diberikan di bawah subseksyen (1), maka
Pendaftar, apabila diminta oleh pemunya paten yang terdahulu, pemegang lesen suatu kontrak lesen di bawah paten yang terdahulu atau benefisiari suatu lesen wajib di bawah paten yang terdahulu, boleh memberikan suatu lesen wajib di bawah paten yang terkemudian itu.