Akta Paten 1983 · Updated to 1 Nov 2023 · Bahagian X · Lesen Wajib
53. Pembatasan lesen wajib
Feedback & supportSesuatu lesen wajib yang diberikan oleh Pendaftar —
tidak boleh diserahhakkan selain berkaitan dengan nama baik atau perniagaan atau bahagian nama baik atau perniagaan itu yang di dalamnya reka cipta yang dipaten itu digunakan;
hendaklah terbatas kepada pembekalan reka cipta yang dipaten itu terutamanya dalam Malaysia.
Pembatasan yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b) tidak terpakai bagi lesen wajib yang diberikan bagi maksud pengeluaran dan pengeksportan keluaran farmaseutikal di bawah perenggan 49(1A)(b).
Benefisiari bagi lesen wajib itu tidak boleh membuat kontrak lesen dengan orang ketiga di bawah paten yang berkenaan dengannya lesen wajib itu telah diberikan.
Pindaan, pembatalan dan penyerahan lesen wajib