Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
29. Fungsi Pegawai Penjaga
Feedback & supportFungsi Pegawai Penjaga ialah—
(a)
mengarahkan, mengawal dan menyelia pegawai diberi kuasa;
(b)
memastikan bahawa Perbadanan melaksanakan tugasnya mengikut peruntukan Akta ini;
(c)
menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimana yang difikirkannya dapat dilaksanakan; dan
(d)
mengesan dan menyiasat—
(i)
apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini;
(ii)
apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini; atau
(iii)
apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.