Skip to content

Seksyen 35

Kebolehterimaan pernyataan

of Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001

ActIn forceProvision 35 of 63
Seksyen 35
(1)

Jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah

Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak, dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh mana-mana pegawai diberi kuasa lain atau mana-mana orang lain sama ada yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah boleh diterima pada perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balasnya dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya.

(2)

Pernyataan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan dalam pemeriksaan balas atau bagi maksud mencabar kebolehpercayaan orang yang membuat pernyataan itu—

(a)

jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi orang yang dipertuduh itu alasan-alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa kelebihan atau mengelak daripada apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau 30

Undang-Undang Malaysia

Akta 612

(b)

dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan”.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberikan amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia telah tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

(4)

Seseorang yang dipertuduh dengan suatu kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kes itu selepas amaran yang disebut dalam subseksyen (2) telah diberikan kepadanya.