Pembangunan Sumber Manusia Berhad Act 2001 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan
37. Senarai benda yang disita
Feedback & support(1)
Pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa buku, akaun, dokumen atau benda lain di bawah Akta ini hendaklah menyediakan suatu senarai mengenai buku, akaun, dokumen atau benda lain yang disita itu dan dengan segera menyerahkan sesalinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada majikan atau ejen atau pekhidmatnya yang hadir di tempat penyitaan.
(2)
Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai suatu pernyataan, pengakuan atau pengakuan salah yang dibuat oleh majikan atau ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan penyiasatan tetapi hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.