Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English

Bahagian V · Penguatkuasaan dan Penyiasatan

33. Kuasa pegawai diberi kuasa untuk meminta maklumat dan menaksir levi

Feedback & support
(1)

Bagi maksud untuk mendapatkan maklumat penuh bagi memastikan sama ada mana-mana majikan dikehendaki mendaftar atau membayar levi di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana orang—

(a)

memberi pegawai diberi kuasa itu dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu, apa-apa maklumat atau butir yang dinyatakan dalam notis itu;

dan

(b)

hadir sendiri di hadapan pegawai diberi kuasa itu dan mengemukakan untuk pemeriksaan segala buku, akaun, rekod dan dokumen lain yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

28

Undang-Undang Malaysia

(3)

Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menaksir apa-apa bayaran levi yang kena dibayar oleh mana-mana majikan berdasarkan pada maklumat yang ada jika majikan itu—

(a)

tidak menyimpan atau menyenggara apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah

Akta ini; atau

(b)

tidak atau enggan mengemukakan apa-apa penyata, butir, buku daftar atau apa-apa rekod berkaitan dengan setiap pekerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini.

(4)

Penaksiran yang dibuat di bawah subseksyen (3) adalah menjadi bukti yang mencukupi bagi tuntutan Perbadanan untuk mendapatkan apa-apa levi di bawah seksyen 24.

Report

Bahagian VI

Kesalahan dan Penalti

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules