Seksyen 39
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001
Pegawai Penjaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa
Raya, mengkompaunkan apa-apa kesalahan, kecuali kesalahan di bawah seksyen 40 atau 41, yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 33
kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran secara bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada
Pegawai Penjaga suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Pegawai Penjaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3)
Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Pegawai Penjaga tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(4)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Pegawai Penjaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.