Seksyen 34
Kuasa untuk memeriksa orang
of Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001
Pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah
Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.
(2)
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu.
(3)
Orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika jawapan kepada apa-apa soalan itu berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
(4)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
(5)
Pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu peruntukan subseksyen (2), (3) dan (4).
Pembangunan Sumber Manusia Berhad 29
(6)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini hendaklah, apabila mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.