Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 · Updated to 1 Aug 2013 · Bahagian III · Pentadbiran
11. Perbadanan hendaklah menetapkan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan pekhidmat
Feedback & support(1)
Pegawai dan pekhidmat Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan, fi dan elaun, dan tertakluk kepada apa-apa syarat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Perbadanan dengan kelulusan Menteri.
(2)
Perbadanan adalah mempunyai kuasa untuk membentuk dan mengawal tatacara mengenai perlantikan dan tatatertib bagi pegawai dan pekhidmatnya.