Seksyen 11B
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Terma dan syarat yang ditentukan oleh Perbadanan hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru untuk mendapat cuti, yang dinikmati oleh orang itu ketika berada dalam penggajian Kerajaan sebelum memilih untuk memasuki perkhidmatan Perbadanan, dan apa-apa terma dan syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Perbadanan hendaklah membuat peruntukan bagi mengiktiraf perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat pilihan itu sebagai perkhidmatan dengan Perbadanan.
(2)
Jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Perbadanan yang kesnya tidak termasuk dalam ruang lingkup mana-mana skim pencen atau skim lain yang diwujudkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang lain yang ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Perbadanan, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan