Skip to content

Seksyen 11A

Mengambil kerja pekerja Kerajaan

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 12 of 52
Seksyen 11A
(1)

Kerajaan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, memberi opsyen kepada tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam

Jabatan Filem Negara.

(2)

Tiap-tiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 17

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang opsyen diberikan kepada pekerja yang berada dalam penggajian atau perkhidmatan Kerajaan dalam Jabatan Filem Negara sebelum tarikh itu.