Skip to content

Seksyen 13

Jawatankuasa

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 15 of 52
Seksyen 13
(1)

Perbadanan boleh melantik jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya patut untuk menjalankan segala tugas dan kuasa yang akan diwakilkan kepada jawatankuasa itu oleh Perbadanan atau untuk

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 244

memeriksa dan melaporkan kepada Perbadanan mengenai apa-apa perkara yang timbul atau yang berkaitan dengan mana-mana daripada tugas dan kuasa Perbadanan di bawah Akta ini.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh melakukan segala perkara yang perlu untuk menjalankan tugas dan kuasa yang diwakilkan itu dengan berkesan tetapi hendaklah tertakluk kepada arahan Perbadanan.

(3)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi dan tidak lebih daripada lima orang ahli lain yang akan dibayar apa-apa saraan atau elaun yang akan ditetapkan oleh

Perbadanan dengan kelulusan Menteri.

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen ini.

Tiada seseorang yang ada mempunyai kepentingan boleh dilantik sebagai ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan