Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Act 1981 · Updated to 1 Aug 2013 · Bahagian VI · Pelbagai
28. Kehadiran dalam dan penjalanan perbicaraan sivil oleh peguam persekutuan
Feedback & supportWalau apapun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, dalam perbicaraan sivil yang dibuat oleh atau terhadap Perbadanan, seseorang yang memegang jawatan peguam persekutuan dan yang diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu boleh, bagi pihak Perbadanan, mengadakan, hadir dalam dan menjalankan pembicaraan itu dan melakukan segala hal lain, tindakan dan kewajiban berkenaan dengan pembicaraan itu.
Maklumat mengenai penubuhan, urusan, kewangan, transaksi dan hal ehwal Perbadanan tidak akan dizahirkan kecuali dalam perkara tertentu