Seksyen 32
Akta ini akan dimasyhurkan
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Segala tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa, sama ada berupa sebagai dilakukan untuk atau bagi pihak Perbadanan atau tidak, dengan menjangkakan Akta ini akan dimasyhurkan dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah disifatkan sebagai telah dibenarkan oleh Akta ini dengan syarat bahawa tindakan dan perkara yang dilakukan adalah tidak berlawanan dengan tujuan dan maksud am Akta ini, dan hak dan tanggungan yang diperoleh atau dilakukan kerana melakukan tindakan dan perkara itu atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan tanggungan Perbadanan.
(2)
Bagi mengelakkan keraguan, adalah ditetapkan bahawa subseksyen (1) tidak membenarkan pelantikan ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan kecuali setakat membenarkan pelantikan sementara akan orang itu sehingga ia dilantik di bawah Akta ini.