Seksyen 34
of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981
Seksyen 34
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan yang difikirkannya bermanfaat atau perlu untuk menjalankan maksud dan peruntukan Akta ini dan bagi pelaksanaan tugas dan penjalanan kuasanya.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan peruntukan di atas, Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, khususnya, membuat peraturan berkenaan dengan perkara berikut–
(a)
untuk mengawal melalui pelesenan apa-apa aktiviti perfileman, mengadakan peruntukan bagi had dan syarat
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 37
yang akan dikenakan ke atas lesen dan bagi fi, bayaran dan deposit berkenaan dengannya, termasuk peruntukan bagi melucut hak, mengguna atau memulangkan deposit itu dan bagi kesalahan di bawah peraturan hendaklah dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan di bawah Akta ini;
(b)
untuk menetapkan borang dan segala perkara lain yang perlu bagi maksud Bahagian V;
(c)
untuk mengawal peruntukan mengenai penyelidikan, latihan dan arahan berkenaan dengan apa-apa aktiviti perfileman dan bagi Perbadanan sendiri menubuhkan institusi atau mengadakan kemudahan bagi institusi itu; dan
(d)
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun dan prosedur bagi mengkompaun kesalahan itu.