Skip to content

Seksyen 29

of Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981

ActIn forceProvision 46 of 52

Seksyen 29

(1)

Kecuali bagi maksud Kerajaan sebagaimana yang perlu dari semasa ke semasa, mengenai sesuatu undang-undang atau mengenai pelaksanaan kewajipannya, tiada seorang, ahli, pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau ahli jawatankuasa Perbadanan boleh menzahirkan apa-apa maklumat mengenai penubuhan, urusan, kewangan, transaksi atau hal ehwal Perbadanan atau mana-mana jawatankuasanya.

(2)

Mana-mana orang atau ahli, pegawai atau pekhidmat yang dengan setahunya melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1)

adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya sekali.