Seksyen 11
Kewajipan apabila munculnya makhluk perosak berbahaya
of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
Bilamana makhluk perosak berbahaya, atau sesuatu tumbuhan berpenyakit disebabkan oleh suatu makhluk perosak berbahaya, dijumpai atau muncul di atas mana-mana tanah, pemunya atau penduduk tanah itu hendaklah—
(a)
dengan seberapa segera yang dia menyedari bahawa makhluk perosak itu telah dijumpai atau telah muncul di atasnya, dengan segera memberi notis mengenainya secara bertulis atau selainnya kepada Pengarah atau kepada seseorang Pegawai Pemeriksa berserta apa-apa butir yang ditetapkan;
(b)
menjalankan semua arahan yang diberi kepadanya oleh seseorang Pegawai Pemeriksa bagi memusnahkan makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan yang berpenyakit disebabkan oleh sesuatu makhluk perosak berbahaya di atas tanah itu; dan
(c)
memberi segala bantuan menurut kuasa yang ada padanya terhadap penjalanan apa-apa tindakan yang diambil oleh seseorang Pegawai Pemeriksa bagi maksud memusnahkan makhluk perosak berbahaya atau tumbuhan yang berpenyakit disebabkan oleh sesuatu makhluk perosak berbahaya di atas tanah itu.
(2)
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(3)
Seseorang Pegawai Pemeriksa yang menerima sesuatu notis mengikut perenggan (1)(a) hendaklah memberitahu Pengarah mengenai notis itu.