Skip to content

Seksyen 12

Kuasa untuk mengambil tindakan terhadap makhluk perosak berbahaya

of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

ActIn forceProvision 12 of 25
Seksyen 12
(1)

Jika Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri dalam Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak berpendapat bahawa berkenaan dengan mana-mana tanah dalam Negerinya, penghapusan, pemusnahan atau perawatan apa-apa tumbuhan yang berpenyakit yang dijangkiti oleh sesuatu makhluk perosak berbahaya atau penghapusan, pemusnahan atau perawatan sesuatu tumbuhan yang mungkin dijangkiti sedemikian suatu perkara yang perlu atau segera atau jika Pengarah berpendapat bahawa

14

Undang-Undang Malaysia keselamatan sesuatu tumbuhan yang tumbuh dalam kawasan komponennya terancam oleh adanya sesuatu makhluk perosak berbahaya pada sesuatu tumbuhan yang tumbuh dalam kawasan itu atau dalam mana-mana kawasan komponen lain atau yang tumbuh di luar Malaysia dan dia fikirkan perlu bagi mencegah merebaknya makhluk perosak berbahaya itu supaya mana-mana tanah dalam kawasan komponennya dibersihkan sepenuhnya atau sebahagiannya daripada segala tumbuhan atau daripada apa-apa jenis tumbuhan yang tertentu atau bahawa penghapusan atau pemusnahan atau apa-apa cara perawatan bagi sesuatu tumbuhan yang ada di atas mana-mana tanah itu, dikehendaki, Menteri Besar, Ketua Menteri,

Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian atau Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dengan segera menyampaikan suatu notis secara bertulis kepada pemunya atau penduduk tanah yang berkaitan dengannya itu mengkehendaki mana-mana atau kedua-dua daripada mereka mengambil apa-apa langkah bagi menghapus, memusnah atau merawat mana-mana tumbuhan itu atau bagi membersihkan tanah itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu.

(2)

Jika Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri dalam

Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak atau seseorang Pengarah, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa keselamatan tumbuh-tumbuhan yang lain tidak dapat dijamin dengan sepatutnya dengan tindakan yang diarah diambil di bawah subseksyen (1), Menteri Besar, Ketua Menteri,

Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian atau Pengarah boleh dengan segera mengarahkan seorang

Pegawai Pemeriksa atau mana-mana orang memasuki mana-mana tanah yang tertentu bersama dengan orang lain atau dengan apa-apa perkakas atau barang yang perlu dan mengambil atau menyebabkan diambil apa-apa tindakan yang tertentu bagi menghapuskan, memusnahkan, atau mengawal makhluk perosak berbahaya itu, atau bagi perawatan mana-mana tumbuhan atau membersihkan tanah itu daripada apa-apa tumbuhan sama ada makhluk perosak berbahaya itu ada di atas tanah itu atau tidak.

(3)

Kos dan semua perbelanjaan yang dilakukan bagi penghapusan, pemusnahan, pengawalan, perawatan atau pembersihan sebagaimana yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (2) hendaklah dibayar oleh pemunya atau penduduk tanah di mana penghapusan, pemusnahan, pengawalan, perawatan atau pembersihan itu dijalankan dan jika kos dan perbelanjaan itu telah dilakukan oleh seseorang lain selain pemunya atau penduduk itu orang itu boleh menuntut kos dan perbelanjaan itu daripada pemunya atau penduduk itu.

Kuarantin Tumbuhan 15