Skip to content

Seksyen 17

Kuasa untuk menyita, menahan dan menghapuskan tumbuh-tumbuhan berbahaya

of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

ActIn forceProvision 17 of 25
Seksyen 17
(1)

Seseorang Pegawai Pemeriksa, atau seseorang pegawai kastam di sesuatu tempat di mana sesuatu tumbuhan berbahaya diimport atau disimpan, berlanggaran dengan Akta ini atau dengan apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 14, hendaklah—

(a)

dalam hal seorang Pegawai Pemeriksa, menyita dan memusnahkan dengan berkesan tumbuhan itu; dan

(b)

jika pegawai itu adalah seorang pegawai kastam, menyita dan menahan tumbuhan itu sehingga ia diletakkan dalam jagaan seorang Pegawai Pemeriksa yang akan memusnahkannya dengan berkesan.

(2)

Dalam seksyen ini, “pegawai kastam” hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235].

Kuarantin Tumbuhan 17