Seksyen 8
Penalti bagi keingkaran
of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
Jika seseorang pemunya atau penduduk tanah yang kepadanya telah disampaikan suatu notis di bawah seksyen 6 tidak mematuhi notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya, dia adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit:
Dengan syarat bahawa tiada seseorang boleh dihukum di bawah seksyen ini kerana tidak mematuhi sesuatu notis dari masa kehendak notis itu mungkin telah digantung atau dibatalkan oleh mana-mana
Menteri Besar atau Ketua Menteri mana-mana Negeri dalam
Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang bertanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah subseksyen 6(5).
(2)
Jika mana-mana Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam
Semenanjung Malaysia atau Menteri Negeri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian bagi Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah membuat di bawah subseksyen 6(5) suatu perintah mengubah syarat sesuatu notis itu, notis sebagaimana telah diubah itu hendaklah, bagi maksud seksyen ini dan seksyen 7 disifatkan sebagai suatu notis di bawah seksyen 6.