Skip to content

Seksyen 9

Kuasa mahkamah untuk memerintah langkah-langkah

of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

ActIn forceProvision 9 of 25
Seksyen 9
(1)

Apabila seseorang disabitkan di bawah seksyen 8, 11 atau 13,

Mahkamah yang mensabitkan orang itu boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan oleh Mahkamah itu, memerintahkan orang yang disabitkan itu supaya mengambil apa-apa langkah yang

12

Undang-Undang Malaysia perlu dalam masa yang akan ditetapkan oleh Mahkamah itu untuk mencegah berlakunya lagi kesalahan yang atasnya orang itu telah disabitkan.

(2)

Jika seseorang tidak mematuhi sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), dia bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan sebagai tambahan kepada penalti yang dikenakan di bawah seksyen 8, 11 atau 13 masing-masing.