Seksyen 7
of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976
Seksyen 7
Jika seseorang pemunya atau penduduk tanah yang kepadanya telah disampaikan suatu notis di bawah seksyen 6 atau subseksyen 12(1) tidak mematuhi kehendak notis itu dalam masa yang
Kuarantin Tumbuhan 11
dinyatakan dalam notis itu bagi melaksanakan perbuatan yang dikehendaki olehnya supaya dilakukan, Pegawai Pemeriksa boleh, tertakluk kepada apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen 6(5), memasuki tanah yang dimaksudkan oleh notis itu bersama dengan orang, perkakas dan barang yang perlu dan boleh bertindak melaksana dan melakukan di atasnya segala perbuatan dan perkara yang dikehendaki oleh notis tersebut supaya dilaksanakan atau dilakukan, dan boleh menuntut kos dan semua perbelanjaan yang dilakukan bagi berbuat demikian daripada pemunya atau penduduk tersebut dalam mana-mana Mahkamah.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa tanggungan seseorang untuk didakwa dan dihukum di bawah seksyen 8 atau 13.