Skip to content

Seksyen 3

Kuasa Pengarah dan pelantikan Pegawai Pemeriksa

of Akta Kuarantin Tumbuhan 1976

ActIn forceProvision 3 of 25
Seksyen 3
(1)

Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan am tentang semua perkara bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini berkenaan dengan kawasan komponen mereka masing-masing dan kuasa Pengarah yang diberi di bawah Akta ini hendaklah ditafsirkan mengikut peruntukan subseksyen ini:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi kepada Pengarah di bawah seksyen 19 tidak boleh ditafsirkan seolah-olah penjalanan kuasa itu oleh mana-mana Pengarah terbatas dalam kawasan komponen Pengarah itu sahaja.

(2)

Pengarah hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diberi kepada mereka oleh Akta ini mempunyai semua kuasa yang diberi kepada Pegawai Pemeriksa di bawah Akta ini berkenaan dengan kawasan komponen mereka masing-masing.

(3)

Pengarah boleh melantik mana-mana pegawai Jabatan

Pertanian dalam kawasan komponen mereka masing-masing menjadi

Pegawai Pemeriksa bagi maksud menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini berkenaan dengan kawasan komponen yang baginya pelantikan itu dibuat dan kuasa yang diberi kepada Pegawai

Pemeriksa di bawah Akta ini hendaklah ditafsirkan mengikut peruntukan subseksyen ini:

Dengan syarat bahawa kuasa yang diberi kepada Pegawai

Pemeriksa di bawah seksyen 19 tidak boleh ditafsirkan seolah-olah penjalanan kuasa itu oleh mana-mana Pegawai Pemeriksa itu terbatas di dalam kawasan komponen Pegawai Pemeriksa itu sahaja.