Seksyen 12
Layanan bersaling
Apabila, atas permintaan Kerajaan Malaysia dan pada menurut perintah yang dibuat oleh Kerajaan suatu wilayah lain, anggota pasukan polis wilayah tersebut dihantar ke Malaysia untuk menjalankan tugas polis di dalam Malaysia, anggota itu hendaklah tertakluk kepada subseksyen (3), berada di bawah perintah pegawai atasan mereka sendiri yang ada bersama mereka dan hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan yang sama seperti semasa berkhidmat di dalam wilayah itu.
(2)
Apabila, mana-mana anggota pasukan polis suatu wilayah lain, menurut subseksyen (1), berada di dalam Malaysia, apa-apa kontrak perkhidmatan yang dibuat di antara mana-mana anggota badan itu dan Kerajaan wilayah itu boleh dikuat kuasa di dalam
Malaysia dengan cara yang sama dan dengan efek yang sama seolah-olah kontrak itu telah dibuat di antara anggota itu dan
Kerajaan Malaysia.
(3)
Mana-mana anggota pasukan polis suatu wilayah lain yang berada dalam Malaysia sebagaimana tersebut dahulu hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa, dan hendaklah bertanggungan bagi melaksanakan tugas, seorang pegawai polis
Pasukan; dan anggota pasukan polis wilayah itu hendaklah tertakluk kepada kawalan keseluruhan seorang pegawai kanan polis Pasukan.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 344