Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian V · Perkhidmatan di Luar Malaysia dan Perkhidmatan Polis Dari Wilayah Lain dalam Malaysia

10. Yang di-Pertuan Agong boleh mengarahkan Polis Diraja Malaysia berkhidmat di luar Malaysia

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas permintaan bagi maksud itu yang dibuat oleh Kerajaan sesuatu wilayah di luar Malaysia, dengan perintah mengarahkan mana-mana bahagian daripada Polis

Diraja Malaysia yang didapatinya sesuai supaya menjalankan tugas polis dalam wilayah itu dan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menyatakan dalam perintah itu bagi maksud apakah arahan itu dibuat.

(2)

Tiada apa-apa perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat melainkan Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa peruntukan-peruntukan yang memadai telah atau akan dibuat dengan segera dalam undang-undang wilayah yang tersebut dahulu itu―

(a)

bagi menguatkuasakan di dalam wilayah tersebut apa-apa kontrak perkhidmatan yang dibuat di antara anggota Polis

Diraja Malaysia dan Kerajaan Malaysia;

(b)

bagi memberi kepada pegawai polis Polis Diraja Malaysia yang berkhidmat di dalam wilayah tersebut di bawah seksyen ini kuasa dan tugas pegawai polis di dalam wilayah tersebut; dan

(c)

bagi memastikan bahawa layanan bersaling diberi kepada

Kerajaan Malaysia.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada seorang pun pegawai polis boleh dihantar ke luar Malaysia di bawah Bahagian ini melainkan Menteri berpuas hati bahawa perkiraan wajar telah dibuat bagi perkhidmatan pegawai polis Malaysia dengan pihak berkuasa wilayah yang tersebut dahulu.

Polis 17

Report

Bahagian VI

Bahagian VII

Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules