Akta Polis 1967 · Updated to 10 May 2024 · Bahagian VIII · Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
34. Penubuhan Sukarelawan Simpanan
Feedback & support(1)
Maka hendaklah ditubuhkan dalam dan bagi Malaysia suatu badan bernama Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
(kemudian dari ini disebut “Sukarelawan Simpanan”) yang hendaklah terdiri daripada sebilangan pegawai kanan polis sukarelawan simpanan, pegawai rendah polis sukarelawan simpanan dan konstabel sukarelawan simpanan yang diizinkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa.
(2)
Bagi maksud Bahagian ini ungkapan “pegawai polis sukarelawan simpanan” ertinya mana-mana anggota Sukarelawan
Simpanan.