Skip to content

Seksyen 3

of Akta Polis 1967

ActIn forceProvision 3 of 13

Seksyen 3

(1)

Semua orang yang sebelum sahaja permulaan kuat kuasa

Akta ini adalah anggota Polis Diraja Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Polis Diraja Malaysia 1963 [Akta 30/1963], hendaklah apabila permulaan kuat kuasa Akta ini menjadi anggota Polis Diraja

Malaysia di bawah Akta ini (kemudian daripada ini disebut sebagai

“Pasukan”) dengan pangkat yang bersamaan dan atas sifat yang bersamaan.

(2)

Tiap-tiap orang yang tersebut dahulu hendaklah diambil kerja atas terma dan syarat yang sama yang dipakai bagi mereka sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini.

(3)

Tertakluk kepada Akta ini, Pasukan hendaklah diguna khidmat di dalam dan di seluruh Malaysia (termasuk perairan wilayahnya) bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan dan keselamatan Malaysia, mencegah dan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.