Skip to content

Seksyen 2

of Akta Polis 1967

ActIn forceProvision 2 of 13

Seksyen 2

(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 344

“amunisi” ertinya amunisi untuk apa-apa senjata, dan meliputi grenad, bom dan misil lain yang serupa, sama ada boleh digunakan dengan senjata atau tidak, dan sesuatu amunisi yang mengandungi, atau direka bentuk atau dipadankan untuk mengandungi, apa-apa cecair, gas atau benda lain yang berbahaya;

“daerah polis” atau “bahagian polis” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan sebagai demikian oleh Ketua Polis Negara di bawah perenggan 6(b) dan kecuali dan sehingga kawasan itu telah ditetapkan, ertinya mana-mana kawasan yang dijadikan atau diiktirafkan sebagai daerah polis atau bahagian polis pada permulaan kuat kuasa Akta ini;

“Ketua Pegawai Polis” ertinya seseorang pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara mengawal Polis Diraja Malaysia mengenai mana-mana kawasan atau Negeri di bawah seksyen 6 dan yang ditetapkan sebagai demikian oleh Ketua Polis Negara;

“Ketua Polis Negara” ertinya Ketua Polis Negara yang dilantik di bawah seksyen 5;

“konstabel” ertinya seseorang pegawai polis yang berpangkat rendah daripada Koperal dan termasuk seseorang Rekrut;

“pegawai kanan polis” ertinya seseorang pegawai polis daripada apa-apa pangkat dan termasuk Ketua Polis Negara ke bawah hingga dan termasuk seseorang Inspektor dalam percubaan;

“Pegawai Memerintah” ertinya seseorang pegawai polis yang diberi kuasa oleh Ketua Polis Negara mengawal Polis Diraja Malaysia mengenai mana-mana Negeri, kawasan, tempat, formasi atau daerah polis di bawah seksyen 6 dan ditetapkan sebagai demikian oleh Ketua

Polis Negara;

“pegawai polis” ertinya seseorang anggota Polis Diraja Malaysia;

“pegawai rendah polis” ertinya seseorang pegawai polis daripada apa-apa pangkat dari dan termasuk seseorang Sub-Inspektor ke bawah hingga dan termasuk seseorang Koperal;

Polis 11

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Polis yang dilantik di bawah seksyen 5;

“senjata” termasuk amunisi;

“Timbalan Ketua Polis Negara” ertinya Timbalan Ketua Polis

Negara yang dilantik di bawah seksyen 5.

(2)

Apa-apa rujukan dalam Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain kepada seorang pegawai polis yang berpangkat tertentu hendaklah termasuk mana-mana pegawai polis yang sedang memangku, atau dalam percubaan atau dalam latihan, dalam pangkat sedemikian dan subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai bahagian yang melengkapkan bagi Akta ini dari permulaan kuat kuasa Akta ini.