Skip to content
In forceUpdated to 10 May 2024Read it in English

Bahagian IV · Pegawai Polis Tambahan dan Konstabel Penjaga

8. Pegawai polis tambahan

Feedback & support
(1)

Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis boleh, dengan kelulusan Ketua Polis Negara, mengambil kerja orang untuk berkhidmat secara sementara sebagai pegawai polis tambahan bagi pangkat Sarjan Mejar atau ke bawah.

(2)

Seseorang pegawai polis tambahan hendaklah disifatkan sebagai di bawah perjanjian untuk berkhidmat dari sebulan ke sebulan, setiap perjanjian tersebut bermula pada satu hari bulan dan tamat pada hari terakhir pada tiap-tiap bulan yang berturutan.

(3)

Seseorang pegawai polis tambahan boleh dilepaskan atau boleh meletak jawatan dengan diberi atau dengan memberi satu bulan notis bertulis oleh atau kepada Pesuruhjaya atau Ketua Pegawai Polis.

(4)

Seseorang pegawai polis tambahan hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa dan keistimewaan, dan hendaklah tertakluk kepada kuasa dan disiplin yang sama sebagai, seorang anggota Pasukan yang mempunyai pangkat yang bersamaan, dan hendaklah mematuhi semua arahan yang sah berkenaan dengan pelaksanaan tugasnya yang mungkin diterimanya dari semasa ke semasa daripada pegawai atasannya.

Report

Bahagian V

Perkhidmatan di Luar Malaysia dan Perkhidmatan Polis Dari Wilayah Lain dalam Malaysia

Bahagian VI

Bahagian VII

Tugas dan Kuasa Pegawai Polis

Bahagian VIII

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian IX

Polis Bantuan

Bahagian X

Simpanan Polis Diraja Malaysia

Bahagian XI

Kor Kadet Polis Diraja Malaysia

Bahagian XII

Disiplin

Bahagian XIII

Kumpulan Wang Polis

Bahagian XIV

Schedules